JOHOR BAHRU – Seorang pengarah urusan bergelar Datuk dan enam pegawai eksekutif syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kampung di sekitar negeri ini.
Menurut sumber, kesemua suspek telah membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja tersebut dari tahun 2014 sehingga sekarang sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
“Jumlah kos penyelenggaraan melibatkan sebanyak RM50 juta sehingga RM70 juta setahun,” kata sumber itu.
Kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita itu berusia antara 30-an dan 60-an dan dari syarikat yang sama ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 9 malam kelmarin dan pukul 9 pagi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











