KRS Musleh bina sekolah di Lombok - Utusan Malaysia

KRS Musleh bina sekolah di Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK 9 Okt. – Jelas terpancar kegembiraan pada wajah kira-kira 50 anak-anak Kampung Pengembok, Lombok Utara apabila Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh me­nyumbang kira-kira RM40,000 untuk membina sebuah sekolah baharu menggantikan yang roboh akibat gempa bumi pada akhir Julai lalu.

Pengerusinya, Abd. Rahaim Md. Isa berkata, kos pembinaan sekolah tersebut sebanyak RM30,000, manakala selebih­nya untuk membeli buku dan peralatan lain seperti meja dan kerusi.

“Sekolah ini juga akan dijadikan madrasah kepada kira-kira 50 anak orang kampung yang tidak ada tempat untuk belajar selepas sekolah mereka roboh akibat gempa tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembinaan sekolah yang dilakukan secara bergotong-royong oleh orang kampung ini dijangka dapat disiapkan dalam masa seminggu,” katanya selepas menyerahkan sumbangan tersebut kepada ketua kampung berkenaan, Sunarap Ahmad Kemar.

Selain beberapa ahli KRS Mus­leh, delegasi misi kemanusiaan ke Lombok selama tiga hari yang berakhir kelmarin diketuai Pengerusi MyCare Johor, Dr. Mohd. Zin Kandar.

Yang turut serta ialah Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam dan Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor.

Abd. Rahaim yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Ikram berkata, pihak­nya turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 bagi pembinaan semula Masjid Al-Munawarah di Kampung Sembalun yang terletak di kaki Gunung Rinjani.

“Walaupun jumlah sumba­ngan ini tidak seberapa, namun diharap dapat membantu penduduk kampung membina masjid yang baharu demi ke­selesaan mereka.

Sementara itu, Mohd. Zin berharap lebih ramai akan menyumbang bagi membantu rakyat di Lombok membina semula kehidupan mereka selepas terjejas akibat gempa pada 29 Julai dan 5 Ogos lalu.

“MyCare akan terus menghulurkan bantuan dan sumbangan yang diperlukan oleh penduduk Lombok yang terjejas.

“Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkannya ke dalam akaun MyCare,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini