Jika kastam silap, boleh disebat? - Utusan Malaysia

Jika kastam silap, boleh disebat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, KENYATAAN Jabatan Kastam Diraja untuk mengenakan hukuman sebat terhadap pesalah yang menyeludup rokok haram, sepatutnya hukuman sama turut dikenakan kepada penguat kuasa kastam.

Rakyat hendak tahu bagaimana rokok seludup boleh masuk ke negara ini secara besar-besaran sedangkan Jabatan Kastam ada kepakaran sendiri.

Kalau tiada salah guna kuasa bagaimana barangan yang tidak sah boleh menembusi negara ini. Penyeludup bukan bawa masuk rokok tidak sah sebatang atau dua, malah berkontena.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakyat sudah sedia maklum jika barangan yang pemiliknya orang politik atau orang kenamaan, ia tidak diperiksa.Malah, cukai pun tidak dikutip.

Seperti kes syarikat atau orang yang tidak bayar cukai, Jabatan Kastam dengan mudah mengesannya.

Jangan cari salah satu pihak sahaja. Jika pihak kastam bertindak betul masakan barangan haram boleh dijual berleluasa di negara ini.

Bagi rakyat, kastamlah patut rasa malu dan bertanggungjawab jika barangan haram ini masuk ke negara ini.

HAMBA ALLAH

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini