Pemilik syarikat ditahan, 25,960 liter diesel dirampas - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat ditahan, 25,960 liter diesel dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dalam satu serbuan di sini semalam menahan seorang lelaki dan merampas 25,960 liter minyak diesel kerana tidak mempunyai lesen yang sah.

KPDNHEP dalam satu kenyataan berkata, pemilik syarikat berumur 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 pagi selepas didapati tidak mempunyai lesen kebenaran yang sah untuk berurusniaga barang kawalan diesel daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Pemerhatian dan risikan selama dua minggu mendapati pemilik perniagaan ini masih menjalankan perniagaan barang kawalan diesel secara borong untuk edaran kepada pelanggan yang kebanyakannya industri di sekitar negeri Perak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat ini juga didapati mempunyai surat pelantikan (PDA) yang telah tamat tempoh sah daripada beberapa syarikat pembekal bahan petroleum (Oilco) yang beroperasi di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Syarikat yang dipercayai bergiat aktif sejak tiga hingga lima bulan yang lalu itu telah menerima bekalan minyak diesel daripada beberapa pembekal serta pemborong minyak diesel yang berlesen secara tidak sah. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini