KUALA LUMPUR 9 Okt. – Penyebaran fahaman ideologi Salafi Jihadi di negara ini masih terkawal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil siasatan mendapati penyebaran fahaman terbabit dikesan tersebar di sebuah pusat pembelajaran Islam di Perlis.
“Bagaimanapun, pusat pembelajaran itu telah kita serbu semalam dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sekiranya terdapat pusat pembelajaran agama lain yang terlibat dalam kefahaman terbabit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan seminar Pemantapan Integriti dan Pelancaran Jurnal Integriti PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











