Vida mahu Aishah buat permohonan maaf terbuka - Utusan Malaysia

Vida mahu Aishah buat permohonan maaf terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lima hari selepas kes tuntutan sivil juara Gegar Vaganza musim keempat, kini giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari daripada Aishah sebelum beliau memenuhi semua tuntutan penyanyi itu.

Menerusi surat bertarikh 9 Oktober itu, Vida menerusi peguam Zailan Mohamed menuntut agar Aishah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan berlian palsu terhadap hadiah rantai berlian yang telah diberikan kepadanya.

Selain itu, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, 46, juga mahu mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan kemelut tersebut dan meminta Aishah memadamkan kesemua kenyataan yang telah dikeluarkan di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyeru untuk bersemuka dan berjumpa dengan Aishah. Tiada guna memberi pelbagai kenyataan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.

“Saya juga tiada masalah untuk meminta maaf dan memenuhi tuntutan Aishah yang mahukan barangan kemas sekiranya pihaknya membuat permohonan maaf dan bersedia untuk memadamkan kenyataannya sebelum ini,” kata Vida dalam sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi.

Terdahulu, perselisihan faham antara Vida dan Aishah bermula pada 25 Ogos lalu apabila penyanyi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan Vida dalam Gegar Vaganza musim keempat adalah palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini