Sumareh: Pahang belum buat keputusan - Utusan Malaysia

Sumareh: Pahang belum buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 9 Okt. – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) belum membuat sebarang keputusan bagi melepaskan pemainnya, Muhamadou Sumareh untuk menyertai pasukan negara.

Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya juga belum mengadakan perbincangan bagi melepaskan pemain kelahiran Gambia itu untuk menyertai pasukan negara.

“Kita tidak dapat rasmi lagi, mungkin itu cakap-cakap (pelepasan Sumareh) dan kita akan berbincang di peringkat majlis,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan pengendali Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap Pahang akan melepaskan pemain naturalisasi berusia 27 tahun itu menyertai kem latihan pusat pasukan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini