Pasar raya besar diminta beri ruang kepada IKS - Utusan Malaysia

Pasar raya besar diminta beri ruang kepada IKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu pasar raya besar tempatan dan antarabangsa memberi ruang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk mereka.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata, IKS juga dinasihatkan supaya jangan ambil mudah dalam memenuhi syarat ditetapkan pasar raya besar.

“Saya sarankan semua pasar raya besar permudahkan produk IKS masuk ke pasaran. Kepada IKS, kalau pasar raya besar adakan syarat untuk dipenuhi maka jangan ambil mudah, cuba penuhi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi bila masih ada pasar raya yang ada ‘songeh’ lagi , baru beritahu KPDNHEP, kita cuba bantu supaya peruntukan ruang yang munasabah dan strategik dapat diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis perasmian program Hari Bersama IKS dan Pelancaran Buku Panduan Kemasukan Produk Halal PKS ke Pasar Raya Besar Antarabangsa dan Tempatan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini