SALAM sejahtera buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan Android bahagian 11. Menerusi latihan kali ini, kita akan membina pelayar web yang turut mempunyai fungsi untuk menguji sama ada telefon pintar kita mempunyai talian Internet atau tidak.
Elemen WebView berfungsi membenarkan aplikasi anda memaparkan kandungan web, tanpa perlu memanggil pelajar Internet lain. Walau fungsinya agak terhad, WebView memberikan kemudahan kepada pengguna aplikasi.
Mereka tidak perlu berpindah dari aplikasi anda ke pelayar dan sebaliknya apabila ingin melihat kandungan maklumat web seperti video Youtube. Selain kandungan web, library ini juga digunakan dengan meluas dalam kerangka aplikasi hybrid seperti Ionic.
Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.
LATIHAN
LANGKAH 1: Buka aplikasi Android Studio dan pilih Start a new Android Studio project, kemudian namakan projek anda sebagai myBrowser
LANGKAH 2: Pilih Empty Activity sebagai template projek kali ini.
LANGKAH 3: Tuliskan kod atur cara berikut di dalam fail MainActivity.java.


LANGKAH 4: Tulis kod atur cara berikut dalam fail activity_main.xml

LANGKAH 5: Tambahkan dua permission di dalam AndroidManifest.xml
LANGKAH 6: Sambungkan telefon Android anda kepada komputer dan klik butang Run berwarna hijau di Android Studio untuk melihat hasil kerja anda pada peranti Android
SEMAKAN
Dalam projek tadi, kita telah diperkenal dengan kelas baru WebView.
Berbeza dengan latihan terdahulu, paparan aplikasi pada skrin telefon anda boleh dihubungkan terus kepada WebView dengan tetapan setContentView(webView).
Bagi semakan talian Internet pula, kita telah diperkenal dengan kelas baru ConnectivityManager dan NetworkInfo.
Bagi mengaktifkan ketiga-tiga kelas tadi, dua elemen
SOALAN
SEBELUM ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.
1. Ganti Log.d kepada Toast untuk semakan talian Internet
2. Tambah header pada paparan aplikasi
3. Tambah EditText dan Button sebelum WebView
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin. Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!











