JPW, JPM, SME Bank akan bekerjasama bantu usahawan wanita - Utusan Malaysia

JPW, JPM, SME Bank akan bekerjasama bantu usahawan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), akan bekerjasama dengan Small and Medium Bank (SME Bank) bagi membantu meningkatkan penyertaan kaum wanita dalam dunia keusahawanan

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, berdasarkan Bancian Ekonomi 2016, jumlah usahawan wanita di Malaysia masih kecil iaitu pada i paras 20.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara.

“Saya percaya pemerkasaan sektor PKS secara efektif boleh mengurangkan kadar kemiskinan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam hal ini, menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan dasar yang sesuai, manakala agensi-agensi kerajaan menyediakan produk dan perkhidmatan yang sesuai, selain khidmat nasihat yang berkaitan untuk mewujudkan satu kemudahan asas bagi membangunkan rakyat melalui PKS,” katanya pada majlis pelancaran SME Bank XCESS 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata dalam masa yang sama, satu garis panduan yang jelas diperlukan bagi mengenal pasti dan menyelaras peranan dan inisiatif yang dijalankan oleh setiap agensi agar tidak berlaku sebarang pertindihan fungsi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini