Pesanan buat NGO Malaysia - Utusan Malaysia

Pesanan buat NGO Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU, INDONESIA 8 Okt.- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang mahu menghulurkan bantuan secara terus kepada mangsa gempa bumi di sini perlu mendapatkan kebenaran dan penyelarasan dari kedua-dua negara.

Timbalan Duta Malaysia ke Indonesia, Zamhari Shaharan berkata, ini bagi memudahkan pergerakan di samping memastikan semua NGO terbabit mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

“Saya berharap NGO yang datang mematuhi peraturan kerajaan Indonesia. Ini bagi melancarkan setiap pergerakan mereka menghantar bantuan ke Palu nanti,” katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini