Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini susulan  kadar faedah dan dolar AS yang mengukuh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan mencatatkan 4.1470/1500 berbanding 4.1440/1490 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata persekitaran luaran tidak memihak kepada kepada mata wang Asia, termasuk nota tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketegangan perdagangan AS-China hampir mustahil untuk memberi keyakinan kepada peningkatan harga. dengan permintaan terhadap ringgit berkurangan menjelang pembentangan belanjawan akan datang,” katanya.

Peniaga itu berkata walaupun perdagangan tetap menggalakkan disebabkan harga minyak, pertumbuhan domestik yang perlahan boleh menjadi ringgit negatif kerana ia boleh mencetuskan pendirian memihak kepada kadar faedah rendah oleh Bank Negara.

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$83.20 setong, turun 1.14 peratus.
Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 2.9981/0014 daripada 2.9975/3.0022 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6425/6461 daripada 3.6383/6443.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7773/7816 daripada 4.7639/7714, dan rendah berbanding pound British kepada 5.4409/4456 daripada 5.4017/4091. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini