Rafizi berjaya pintas Azmin - Utusan Malaysia

Rafizi berjaya pintas Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terus mengekalkan rentak kemenangannya apabila berjaya memintas pencabar beliau, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan parti tersebut dengan membuat kejutan di Wilayah Persekutuan semalam.

Ketika ini Rafizi mendahului Azmin dengan kelebihan 48 undi.

Rafizi berkata, setakat ini beliau berjaya memperoleh kemenangan di empat buah ne­geri daripada enam yang telah ditandingi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, beliau memperoleh 19,160 undi iaitu 50.1 peratus daripada keseluruhan undi daripada pemilihan di negeri-negeri terbabit.

“Menang di 51 daripada 88 cabang. Azmin pula mendapat 19,112 undi ataupun 49.9 peratus, iaitu menang di 37 daripada 88 cabang.

“Terima kasih sahabat-sahabat yang membantu,” katanya dalam laman Twitter semalam.

Sebelum ini, Rafizi menang di Terengganu, Kelantan, Pahang namun masih ketinggalan dari segi jumlah undi.

Dalam pada itu, keputusan tidak rasmi pemilihan PKR bagi Wilayah Persekutuan semalam menyaksikan Rafizi berjaya mendapat 2,929 undi manakala Mohamed Azmin meraih 2,794 undi iaitu kelebihan 135 undi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini