4 maut Hilux bertembung Saga - Utusan Malaysia

4 maut Hilux bertembung Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Perjalanan pulang lima sahabat daripada majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila empat daripada mereka maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 45, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Ulu Yam di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi, pemandu kereta Proton Saga BLM, Lai Wui Lun, 21, dan seorang wanita yang juga penumpang hadapan, Chen Mun Li, 20, maut di lokasi kejadian. Dua lagi mangsa yang terkorban iaitu penumpang belakang, Choong Yoong Hong, 20, dan Chang Thung Yuen, 22, mati ketika menerima rawatan di hospital.

Seorang lagi wanita yang juga penumpang belakang kereta tersebut iaitu Ong Hui Cheng, 16, mengalami kecederaan parah dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pemandu dan penum­pang hadapan kereta ber­kenaan tersepit di tempat duduk masing-masing akibat rempuhan yang kuat selepas berlanggar dengan pacuan empat roda.

Lima sahabat itu dikatakan dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Batang Kali.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini