KLANG – Syarikat pengeluar wangian kereta Fleur, Disa Synergy Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menjual produk tersebut sebanyak 3.8 juta botol pada tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Suhaimi Saiful berkata, Fleur yang semakin dikenali di negara ini akan ditukar dengan nama Flerr dan optimis sasaran itu akan dicapai dengan pengenalan produk terbaharu mereka, Le’ Clipse.
Katanya, wangian terbaharu itu mula berada di pasaran sejak kelmarin dan ia didatangkan dengan lima jenis bauan iaitu, Amethyst (Lavender), Citrine (Citrus), Sapphire (Atlantis), Aurora (Ice Peach Tea) dan Emerald (Green Apple).
“Le’ Clipse adalah wangian khusus untuk kereta keluaran kami dalam mempelbagaikan varian pewangi kereta yang sedia ada di pasaran ketika ini.
“Produk lama iaitu jenis botol penutup kayu masih lagi dikekalkan di pasaran meskipun kita telah melancarkan Le’ Clipse. Harga produk terbaharu ini adalah RM15.90,” katanya ketika ditemui pada majlis penjenamaan semula Fleur dan pengenalan produk terbaharu keluaran syarikat itu di Bandar Baru Klang di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











