PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, negeri itu akan meneruskan usaha mencegah maksiat seperti biasa termasuk melalui serbuan ke kediaman atau premis lain seperti hotel bagi mencegah perlakuan tidak bermoral.

Titahnya, apa yang penting sebarang tindakan penguatkuasaan tidak boleh dibuat secara melulu, sebaliknya perlu dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan undang-undang seperti mendapat kelulusan polis serta pihak berkuasa tempatan.
Baginda bertitah demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan media yang memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bahawa tiada lagi ketukan pintu pada waktu tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti yang menyalahi ajaran Islam.
“Itu pandangan menteri, tetapi di peringkat negeri khususnya Pahang kita akan teruskan (penguatkuasaan) dan diperhalusi serta lebih berhemah supaya kita dapat membendung jenayah syariah,” titahnya selepas perasmian Bengkel Catur siri 1/2018 di Hotel Ancasa di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.