Saya mahu berehat – Chong Wei - Utusan Malaysia

Saya mahu berehat – Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SAYA tidak mahu media tunggu saya di lapangan terbang. Saya perlukan rehat ketika ini,” kata jaguh badminton negara menerusi pesanan suara ringkas menggunakan aplikasi WhatsApp yang meminta petugas media untuk memberi ruang kepadanya untuk pulang dan mendapatkan rehat secukupnya.

CHONG WEI difahamkan sudah pulih daripada kanser hidung dan dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya di Taiwan.

Chong Wei pulang ke tanah air semalam selepas dilaporkan sudah pulih daripada kanser hidung dihidapinya dan dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya di Taiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pemain No. 1 dunia itu turut memberi jaminan akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan keadaan kesihatan dirinya beberapa hari lagi.

Sementara itu, maklumat terperinci mengenai jadual penerbangan Chong Wei tidak didedahkan, namun beliau tiba di negara ini dengan menaiki jet peribadi pada pukul 9.15 malam tadi di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah di Subang.

“Saya tahu media sedang tunggu saya di lapangan terbang tetapi anda semua baliklah dulu. Dalam beberapa hari lagi, saya akan mengadakan sidang akhbar,” kata Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini