Jangan sesekali lakukan aktiviti rekreasi di kawasan lombong - Xavier - Utusan Malaysia

Jangan sesekali lakukan aktiviti rekreasi di kawasan lombong – Xavier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Orang ramai diingatkan agar tidak sama sekali melakukan aktiviti rekreasi di kolam lombong berdekatan kawasan perumahan yang berisiko tinggi mengancam nyawa mereka, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kes enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 17 tahun yang mati lemas di sebuah lombong di Puchong, Selangor, pada malam Rabu lepas.

“Kalau lombong itu berada di bawah kawalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), maka tindakan sewajarnya akan diambil bagi memasang papan tanda amaran dan pagar bagi menghalang orang luar masuk ke kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2018 di Hutan Simpan Kuala Bernam di sini hari ini.  

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika menjalankan operasi SAR remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.    

Anggota yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd. Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Adnan Othman,33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini