[VIDEO] Tunku Azizah sebak lawat keluarga Allahyarham Mohd. Fatah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tunku Azizah sebak lawat keluarga Allahyarham Mohd. Fatah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 7 Okt. – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meluangkan masa lebih satu jam melawat Noor Nadia Kamaludin, 29, isteri Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, seorang daripada enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Berangkat sama Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah yang juga putera sulung Pemangku Raja Pahang.

Dalam kunjungan itu, Tunku Azizah kelihatan sebak ketika berbual dengan Noor Nadia.

Noor Nadia ketika ditemui pemberita berkata, Tengku Puan Pahang sebak apabila dia bercerita tentang keadaan dirinya yang tidak sihat.

“Tunku Azizah tanya keadaan saya dan saya maklumkan saya sakit. Selepas itu, Tunku Azizah sebak memikirkan keadaan saya yang sakit dan mempunyai dua anak kecil.

“Saya menghidap penyakit tiroid sejak 2016 ketika mengandung anak kedua dan ketika ini perlu makan ubat iaitu enam ubat tiroid serta sebiji ubat jantung,” katanya.

Noor Nadia berkata, Tunku Azizah turut memberikan nombor telefon baginda kepadanya untuk dihubungi jika memerlukan bantuan.

“Selepas kejadian yang mengorbankan suami saya, keadaan kesihatan saya sedikit terganggu. Apabila menghidap tiroid saya tidak boleh tertekan dan sedih,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×