Seluruh Kelantan berbangga dengan anggota PPDA - Utusan Malaysia

Seluruh Kelantan berbangga dengan anggota PPDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 7 Okt. – Pemergian dua anggota Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika menycari remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Selangor, Rabu lalu membanggakan seluruh rakyat negeri ini.

Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz berkata, pemergian dua anggota bomba itu Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, cukup mulia kerana mereka sedang bertugas untuk menyelamatkan mangsa lemas.


“Saya harap seluruh ahli keluarga kedua-dua wira ini dapat bersabar dan menerima ketentuan ini dengan hati terbuka,” katanya.


Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas berkenan menyantuni keluarga Muhammad Hifdzul Malik di Kampung Kubang Terap di sini hari ini.


Terdahulu, beliau meluangkan masa untuk bertahlil dan beramah mesra dengan ahli keluarga Muhammad Hifdzul Malik. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini