Lelaki cedera selepas digigit anjing - Utusan Malaysia

Lelaki cedera selepas digigit anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Seorang lelaki cedera di bahagian kaki kanannya selepas digigit anjing dalam kejadian di Kampung Pulai di sini petang semalam.

Mangsa, Mohd. Suhaimi Hassan, 32, mengalami kecederaan ketika menunggang motosikal melalui hadapan sebuah rumah kedai di jalan itu untuk pulang ke rumahnya di bandar ini.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, dia yang menunggang motosikal telah dikejar dua ekor anjing peliharaan milik seorang tuan kedai yang dibiarkan bebas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ke kawasan itu untuk membaiki motosikal di sebuah bengkel di Kampung Pulai. Ketika dalam perjalanan itu tiba-tiba dua ekor anjing dipercayai milik peniaga sebuah rumah kedai terbabit telah mengejar saya.

“Saya cuba memecut motosikal namun gagal apabila salah seekor anjing dengan cepat mengigit kaki kanan saya hingga terjatuh dari motosikal,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini