Zuraida hormati kemenangan Rafizi di pantai timur - Utusan Malaysia

Zuraida hormati kemenangan Rafizi di pantai timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kem calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap yakin akan meraih kemenangan dalam pemilihan parti itu walaupun kem lawan yang diketuai oleh Rafizi Ramli menang secara berturut-turut di negeri-negeri Pantai Timur.

Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang dilihat menyebelahi Mohamed Azmin bagaimanapun tetap menghormati kejayaan Rafizi yang mendapat undi tertinggi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kalau ikut angka mengundi itu beliau menang. Kita bersikap terbuka dan menerimanya, walaupun kita tahu ada perkara yang mungkin kita syak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi kita menerimanya dan bersikap profesional. Jika itu keputusannya kita terima dan perlu kerja kuat,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pemilihan PKR Cabang Batu di sini sebentar tadi.

Beliau sebelum itu menjelajah ke beberapa pusat pengundian Pemilihan PKR di Kuala Lumpur dan berdasarkan kedudukan tidak rasmi selepas pemilihan di lima negeri, Zuraida berada di kedudukan kedua untuk jawatan Naib Presiden, di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini