Bayi lelaki ditemui dengan kesan gigitan anjing - Utusan Malaysia

Bayi lelaki ditemui dengan kesan gigitan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka di Jalan PSK1, Seri Kembangan di sini awal pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi yang dibalut dengan kain itu kira-kira pukul 4.13 pagi.

“Terdapat kesan kecederaan di kaki dan lutut bayi itu dipercayai digigit anjing. Bayi dipercayai berumur beberapa hari dan bangsanya belum lagi dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) hospital berkenaan dan keadaannya stabil. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini