Mayat nelayan bot karam perairan Semarang, Labuan ditemui - Utusan Malaysia

Mayat nelayan bot karam perairan Semarang, Labuan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Mayat seorang nelayan ditemui selepas bot dinaiki mangsa dilaporkan karam ketika memancing sejak Jumaat lalu di perairan Semarang di sini hari ini.

Mangsa berusia 54 tahun ditemui Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan kira-kira pukul 11 pagi dalam operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) di kawasan perairan Labuan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Che Adnan Md. Isa berkata, mangsa dilaporkan turun ke laut menggunakan sebuah bot untuk memancing pada 5 Oktober lalu bersama bersama seorang rakan sepatutnya pulang pada petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan bot mangsa karam pada Jumaat lalu kira-kira pukul 9 malam. Berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa yang terselamat bot mereka mengalami kebocoran lalu membuat keputusan meninggalkan bot berkenaan.

“Kedua-dua mangsa sempat memakai jaket keselamatan, bagaimanapun mereka terpisah kira-kira sejam kemudian kerana cuaca buruk. Rakan mangsa diselamatkan nelayan tempatan manakala mangsa tidak ditemui,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Adnan, mayat mangsa dibawa ke jeti APMM kemudian dihantar ke Hospital Labuan di sini untuk proses pengecaman.

Katanya operas itu turut melibatkan aset Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan dan nelayan tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini