Pemilihan PKR Cabang Putrajaya lancar - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Cabang Putrajaya lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Okt.- Pemilihan PKR Cabang Putrajaya sehingga kini berjalan lancar dengan tanpa sebarang kekecohan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tinjauan Utusan Malaysia sejak 9 pagi mendapati, ahli-ahli PKR yang layak mengundi dilihat memasuki Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 yang mula dibuka sejak 9 pagi bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan secara e-voting.

Menurut calon Ketua Cabang Putrajaya, Mohd. Firdaus Sobri, beliau setakat ini puas hati dengan perjalanan pemilihan itu yang menyaksikan pertandingan untuk peringkat jawatankuasa dan Angkatan Muda (AMK) cabang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap situasi sebegini kekal sehingga waktu pengundian tamat pada pukul 5 petang ini.

“Malah saya lihat ahli-ahli dilihat teratur dan mematuhi peraturan ditetapkan pihak pemilihan parti,” katanya.

Untuk pemilihan wanita cabang itu pula, semua calon menang tanpa bertanding kerana tiada persaingan melibatkan jawatankuasa berkenaan.

Keputusan penuh pemilihan PKR Cabang Putrajaya dijangka diketahui seawal pukul 6 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini