SOJC:Malaysia tewas kepada India 2-1 - Utusan Malaysia

SOJC:Malaysia tewas kepada India 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 6 Okt. – Skuad hoki remaja negara memulakan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) dengan langkah kiri setelah tewas kepada India 2-1.

Gol pembukaan India hadir pada minit ke-10 setelah percubaan gol padang oleh Harmanjit Singh gagal diselamatkan penjaga gol Malaysia, Adrian Albert.

Sementara gol kedua India hadir pada minit-47 menerusi gol padang Shilanand Lakra yang sekali lagi menewaskan penjaga gawang negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Percubaan skuad remaja negara mencipta jaringan akhirnya berhasil satu minit kemudian menerusi gol padang Muhammad Hafizuddin Zaidi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini