Lapan disyaki terlibat fahaman Salafi Jihadi ditahan - Utusan Malaysia

Lapan disyaki terlibat fahaman Salafi Jihadi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Okt.- Lapan termasuk seorang warga tempatan ditahan pada 24 September lalu kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan persekutuan bagi menyebarkan fahaman ideologi Salafi Jihadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 38 tahun itu ditahan di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor.

“Lima suspek merupakan warga Eropah; masing-masing satu warga Amerika Asia Barat manakala seorang lagi adalah warga tempatan serta kesemuanya lelaki.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil soal siasat mendapati mereka menolak sistem demokrasi serta ditanam dengan fahaman ekstrem seperti lelaki dan wanita diharamkan memakai seluar serta tidak dibenarkan bekerja kerana terdapat percampuran jantina,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini