PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini semalam menolak permohonan pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi urusan ke luar negara.
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu selepas mendapati pelakon berusia 37 tahun itu tidak mengemukakan dokumen sokongan berhubung permohonan berkenaan.
Terdahulu, peguam bela, Faizul Mohd. Nasir yang mewakili Farid mengemukakan permohonan itu atas alasan anak guamnya perlu menjalani penggambaran filem di luar negara.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu yang ditemui di luar mahkamah berkata, beliau memerlukan pasport berkenaan bagi urusan kerja.











