Saya tidak akan ‘bunuh diri’ – Vettel - Utusan Malaysia

Saya tidak akan ‘bunuh diri’ – Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUZUKA 5 Okt. – Pemandu Ferrari, Se­bas­tian Vettel mene­gaskan, dia tidak ter­lalu ter­desak hingga mengambil pendekatan berisiko tinggi untuk me­nyaingi Lewis Hamilton dalam perebutan kejuaraan Formula Satu (F1) dunia.

Vettel yang ketinggalan 50 mata di belakang Hamilton menjelang Grand Prix Jepun hujung minggu ini semakin tertekan selepas pencabar utamanya dari Mercedes itu lebih unggul dalam sesi latihan bebas hari ini.

Kemenangan di Suzuka bakal meletakkan Hamilton menghampiri kejuaraan dunia kelima ketika saingan berbaki lima perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ada beberapa pe­rancangan dalam fikiran, namun semuanya datang bersama persoalan apakah ia akan berjaya.

“Sudah tentu, saya tidak akan melakukan tindakan ‘bunuh diri’,” kata Vettel.

Vettel menamatkan sesi latihan bebas kedua hari ini dengan catatan satu minit, 29.050 saat untuk menghuni tangga ketiga. Dia ke­tinggalan 0.833s di belakang Hamilton, yang mencatat 1:28.217s manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di tempat kedua dengan 1:28.678s.

Sementara itu, Hamilton yang memenangi lima daripada enam perlumbaan terakhir menikmati aksi di Suzuka.

“Trek di sini sangat hebat. Saya mengharungi hari terbaik,” kata pemandu Britain itu menerusi radio pasukan.

Selepas Jepun, persai­ngan F1 akan diteruskan di Amerika Syarikat (22 Oktober), Mexico (29 Oktober), Brazil (12 November) dan Abu Dhabi pada 25 November. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini