Kepala anak kucing tersangkut dalam enjin kereta 10 jam - Utusan Malaysia

Kepala anak kucing tersangkut dalam enjin kereta 10 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Seekor anak kucing jantan kampung berusia empat bulan terpaksa menanggung derita selama kira-kira 10 jam apabila kepalanya tersangkut di dalam ruangan enjin sebuah kereta di Taman Santan 2 di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang berusia 40-an kira-kira pukul 8.15 pagi tadi.

“Dia memaklumkan terdengar bunyi anak kucing sejak pulul 11 malam semalam di belakang kediamannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki itu cuba keluar rumah untuk mencari arah bunyi kucing itu namun gagal.

“Pagi hari ini, dia cuba mencari bunyi anak kucing itu untuk mengesannya sebelum mendapati kepala haiwan berkenaan tersangkut di bahagian karburator,” katanya ketika dihubungi K! ONLINE sebentar tadi.

Difahamkan, anak kucing yang bernama Coco itu  itu merupakan kepunyaan salah seorang penghuni taman perumahan tersebut.

Rakyat Perlis gemar membela kucing sebagai haiwan peliharaan terutamanya untuk menangkap tikus.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap APM itu berkata, usaha mengeluarkan anak kucing itu mengambil masa selama kira-kira 15 minit dengan memotong sebahagian bekas enjin kereta sebelum menggunakan minyak masak bagi mengeluarkan kepalanya.

“Anak kucing terbabit kini keadaan baik tetapi lemah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini