KUALA LUMPUR 5 Okt.- Seorang anak lelaki ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Menurut sumber, suspek berusia 24 tahun itu dipercayai menjadi proksi kepada ayahnya yang juga seorang ahli Parlimen yang ditahan SPRM baru-baru ini.
Kata sumber itu, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini-UTUSAN ONLINE











