Niat kaya cepat tidak berpanjangan, penggangur dicekup disyaki edar dadah - Utusan Malaysia

Niat kaya cepat tidak berpanjangan, penggangur dicekup disyaki edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN – Niat jahat seorang penganggur untuk meraih keuntungan cepat disyaki hasil daripada aktiviti pengedaran dadah tidak berpanjangan apabila lelaki berkenaan dicekup di sebuah pasar malam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, suspek berusia 38 tahun berkenaan diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) kira-kira pukul 8.18 malam.

Menurutnya, kejayaan tangkapan suspek yang berasal dari Selangor merupakan susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan sebelum itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksan ke atas beg milik suspek, polis telah menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine.

“Polis kemudian melakukan serbuan di rumah suspek di Taman Pasir di sini dan pemeriksan menemui 10 peket plastik lutsinar yang berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine yang disimpan dalam satu tin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Aswandy memberitahu, anggaran dadah yang dirampas adalah seberat 11.65 gram dan dianggarkan bernilai RM900.

Katanya, ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis amphethamine dan methamphetamine.

“Suspek terbabit direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini