Hasrat Mohd. Fatah miliki rumah tidak kesampaian - Utusan Malaysia

Hasrat Mohd. Fatah miliki rumah tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 5 Okt. -Hasrat Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, seorang daripada enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, malam kelmarin untuk membeli rumah bagi keselesaannya bersama keluarga tersayang tidak kesampaian.

Isterinya, Noor Nadia Kamaludin, 29, berkata, mereka bersama dua anak, Nur Medina Aisya, 3, dan Muhammad Meqa Al-Asyraf, 2, tinggal menyewa di Kampung Delek, Klang, Selangor dengan bayaran RM500 sebulan.

“Arwah suami pernah menyatakan hasrat untuk membeli rumah bagi keselesaan kami sekeluarga. Kalau boleh selepas ini saya hendak beli rumah untuk keselesaan anak-anak tetapi sekarang ini pendapatan bergantung sepenuhnya kepada pencen suami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang paling penting untuk kami adalah memiliki rumah sendiri dan saya berharap urusan membelinya dipermudahkan dengan bantuan mana-mana agensi kerajaan bagi meringankan beban,” katanya kepada pemberita di rumah keluarga mentuanya di Kampung Baru Beserah di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan kunjungan di rumah keluarga Mohd. Fatah bersama Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini