KUALA LUMPUR 5 Okt.- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang broker jualan kenderaan bergelar ‘Datuk Indera’ bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.
Suspek berusia 49 tahun itu ditahan reman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas permohonan tersebut dibuat SPRM pada Rabu lalu.
Susulan itu, Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman.
Menurut sumber, suspek terbabit dipercayai telah menjadi proksi kepada seorang Ahli Parlimen yang ditahan SPRM baru-baru ini.
Kata sumber itu, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.
“Siasatan lanjut masih dijalankan SPRM ketika ini mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009
“Penahanan terbaharu ini menjadikan empat individu telah direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen tersebut berhubung kes sama,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











