Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'eropah', guru wanita rugi RM5,500 - Utusan Malaysia

Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki ‘eropah’, guru wanita rugi RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Gara-gara terpedaya dengan janji-janji manis lelaki warga asing, seorang guru wanita kerugian sebanyak RM5,500 akibat ditipu satu sindiket penipuan bungkusan atau ‘parcel scam’.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku antara 27 September hingga 2 Oktober lalu, namun wanita berusia 53 tahun itu hanya membuat laporan polis, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa dikatakan telah berkenalan dengan seorang lelaki kononnya berasal Eropah menerusi laman sosial Facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas beliau, suspek yang menyamar nama sebagai Andrew kemudiannya berjanji memberikan bungkusan hadiah kepada guru berusia 53 tahun tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membayar sebanyak RM1,500 bagi mendapatkan bungkusan berkenaan dengan alasan membayar pihak berkuasa supaya barangan tersebut dilepaskan.

“Selepas mangsa mula mempercayai suspek, dia kemudian memasukkan wang sebanyak RM1,500 melalui akaun bank yang diberikan oleh sindiket berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafa memberitahu, setelah wanita itu memasukkan wang, mangsa sekali lagi dihubungi untuk membuat pembayaran berjumlah RM4,000 untuk mendapatkan hadiah tersebut.

Katanya, mangsa mendakwa meskipun sudah membuat dua transaksi ke dalam akaun bank suspek, namun tiada sebarang hadiah diterima seperti dijanjikan. 

“Menyedari diperdayakan lelaki terbabit, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu secara samaran,” ujanrnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini