Pemilihan PKR Kelantan bermula - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Kelantan bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Okt. – Sebanyak 42,300 ahli PKR di negeri ini mula menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kepemimpinan baharu parti itu bermula pukul 8 pagi ini.

Sebanyak 14 pusat pengundian dibuka sehingga pukul 5 petang ini dan keputusan dijangka diketuhai kira-kira 3 jam selepas itu.

Setakat ini proses pengundian berjalan lancar biarpun cuaca agak redup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pun begitu dijangka hanya 50 peratus daripada jumlah keselurahan ahli tersebut akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Sebelum ini, lima cabang iaitu Pengkalan Chepa; Tanah Merah; Rantau Panjang; Pasir Mas dan Gua Musang dijangka panas disebabkan melibatkan unsur-unsur ‘gedebe’.

Malah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa mengadakan pertemuan dengan ahli parti itu di sini petang semalam secara terbuka mendedahkan mengenai taktik kotor dan politik wang yang sedang berlaku.

Beliau mendakwa ada pemimpin terpaksa bergegas pulang ke kawasan kerana wang sedang diagihkan untuk meraih undi.

Kemunculan secara tiba-tiba beberapa ‘mualaf’ turut mewarnai pemilihan ketua cabang di negeri ini.

Malah dikatakan ada anggota parti yang bertanding atas tiket bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 turut dibenarkan bertanding.

Perkara tersebut menimbulkan tanda tanya mengenai ketelusan pemilihan PKR di negeri ini.

Pun begitu, kem Mohamed Azmin yang didokong sepenuhnya oleh Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir dijangka tidak menghadapi masalah untuk menang disebabkan negeri ini kubu kuatnya sejak sekian lama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini