Rancang wujud pasar raya Bismillah Mart - Utusan Malaysia

Rancang wujud pasar raya Bismillah Mart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Okt. – Persatuan Peniaga Kecil Gemilang Pasir Gudang menyasarkan dapat mewujudkan sebuah pasar raya bagi mengumpul dan menjual pelbagai produk kelua­ran ahlinya dalam tempoh lima tahun akan datang.

ANNUAR MOHD. ROHAINI

Pengerusinya, Annuar Mohd. Rohaini berkata, pasar raya berkenaan mungkin diberi nama Bismillah Mart.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya perancangan tersebut berjaya, semua ahli dapat memasarkan produk masing-masing di pasar raya berkenaan dan memudahkan pelanggan mendapat pelbagai bara­ngan di situ.

“Namun, sebelum itu saya akan berusaha untuk menubuhkan sebuah koperasi dan menerusinya kita akan kumpulkan produk-produk ahli sebelum diedarkan kepada kedai-kedai,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengarah Zon Wiramaju Annuar Enterprise berkata, pada masa ini persatuan tersebut mempunyai kira-kira 200 ahli dan pejabat mereka terletak di Jalan Suria 2, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Menurutnya, para peniaga dan penjaja di Pasir Gudang boleh menjadi ahli dengan hanya bayaran sebanyak RM150, iaitu yuran keahlian dan prosesan.

Annuar yang juga ejen bagi Great Eastern Takaful berkata, pihaknya akan membantu peniaga dan penjaja untuk mempromosi, meningkat aspek pembungkusan dan pemasaran produk masing-masing.

“Kita akan adakan kursus-kursus ini dengan pelbagai pihak yang berkaitan secara berterusan,” katanya sambil memberitahu kira-kira 40 peratus daripada ah­linya terlibat dalam bidang makanan dan minuman, 20 peratus kosmetik dan selebihnya dalam bidang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini