Litar BMX Time Trial di Parit Sikom Esplande - Utusan Malaysia

Litar BMX Time Trial di Parit Sikom Esplande

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 4 Okt. – Parit Sikom Esplande masih belum terkenal berban­ding Pekan Parit Sikom yang dibuka pada 1915, namun kini mula disebut-sebut sebagai tarikan pelancongan baharu.

Bagi aktiviti riadah, Parit Sikom Esplande antaranya menawarkan litar BMX sepanjang 300 meter yang dibangunkan setahun lalu di kawasan tebingan Sungai Pontian Besar.

Memeriahkan lagi litar di Parit Sikom Esplande itu diadakan pertandingan BMX Time Trial ia­itu satu pengisian dalam program Kembara Merdeka Silaturahim baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertandingan anjuran bersama-sama Surau Al-Falah Pekan Parit Sikom itu turut melibatkan Kayuhan 40 kilometer bagi penggiat basikal tempatan.

Istimewanya pertandingan itu melibatkan usia serendah dua tahun hingga dewasa walaupun sekadar menolak basikal sahaja atau push bike bagi memupuk minat si cilik.

Ternyata litar ‘kampungan’ itu menguji para peserta untuk mereka mempamerkan kebo­lehan dan kemahiran menunggang basikal di kawasan berbukit, rata, landai dan berselekoh termasuk melakukan lompatan apabila melalui bukit khas.

Seorang perserta cilik, Mohd. Azib Mohd. Hafiz, 9, dari Batu Pahat teruja mengambil bahagian dan dapat bersaing dengan rakan lain dalam pertandingan tersebut.

“Minat menceburi dengan basikal BMX bermula pada usia tujuh tahun dan kini menyertai pelbagai pertandingan di Batu Pahat mahu pun daerah luar bagi menambahkan lagi kemahiran.

“Latihan biasanya dilakukan bersebelahan Stadium Batu Pahat yang mempunyai litar BMX pada hujung minggu bersama-sama rakan lain,” ujarnya.

Peserta lain, Putri Balkis Masek, 14, juga dari Batu Pahat berharap penyertaan dalam pelbagai pertandingan basikal BMX akan dapat meningkatkan lagi kemahirannya menunggang.

Pernah meraih tempat kedua dalam satu pertandingan di Negeri Sembilan pada 2016, dia berharap pengelibatan dalam kegiatan basikal BMX dapat membuka peluang untuknya mewakili negara pada masa depan.

Umairah Aqilah Ibrahim, 10, dari Johor Bahru pula selalu berlatih di litar BMX di Kampung Melayu bersama-sama pelumba lain memandangkan tiada kemudahan itu berhampiran rumahnya.

Mula menceburi diri pada usia 10 tahun, dia berharap menerusi bidang itu berjaya membentuk displin serta semangat yang tinggi terutama dalam mengawal serta mengendalikan basikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini