NAYPIDAW 4 Okt. – Pihak berkuasa Myanmar membakar beberapa bahagian dan tulang hidupan liar termasuk kulit gajah serta tulang harimau yang dirampas dalam satu operasi hari ini.
Kesemua rampasan tersebut bernilai AS$1.3 juta (RM5.4 juta) dan seberat 850 kilogram itu dipercayai bakal diseludup secara haram ke beberapa negara termasuk China.
Menurut Jabatan Perhutanan negara ini, tindakan tegas akan dikenal terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat dalam penyeludupan bahagian hidupan liar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Usaha itu akan dibantu dengan penggunaan kit forensik baharu yang berupaya mengesan cap jari pada barangan rampasan. – AFP










