Enam anggota bomba lemas ikut SOP yang ditetapkan - Utusan Malaysia

Enam anggota bomba lemas ikut SOP yang ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDM) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) yang lemas ketika menjalankan kerja-kerja menyelamat seorang remaja di Taman Putra Perdana Puchong malam tadi mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid, biarpun dalam keadaan gelap, kerja-kerja menyelamat mangsa diteruskan berikutan ia dijalankan atas permukaan air (surface water rescue).

“Selalu orang mempersoalkan kenapa perlu menyelam malam, kalau keadaan mengizinkan kita buat juga kerja malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja-kerja menyelamat diteruskan biarpun dalam keadaan gelap kerana air hanya pada paras dada.

“Dari segi SOP dan strategi mereka ikut dengan melakukan surface water rescue di kawasan seperti itu dan pihak kami telah semak dengan penyelia mereka,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Upacara Penghormatan Terakhir enam anggota bomba yang mati lemas dalam operasi menyelamat seorang remaja lemas di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata, kawasan kejadian merupakan kawasan untuk pengawalan air banjir dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti.

“Kita sudah buat siasatan awal malam tadi di tempat kejadian dan di kawasan pengawalan banjir itu adalah terjunan air dan di situlah mereka membuat penyelamatan kerana percaya mangsa remaja itu di situ.

“Difahamkan dibawah itu ada batu-batu yang diletakkan untuk memecah air jadi kita percaya salah seorang daripada mangsa telah terpijak batu berkenaan dan tergelincir seterusnya menarik kesemua mangsa lain.

“Kita dapati air tidak dalam tapi kederasan air kuat disebabkan hujan lebat petang semalam,” katanya.

Mohammad berkata, pihaknya akan menjalankan satu lagi siasatan yang lebih terperinci berhubung kejadian itu dan memperbaikkan SOP taktikal sebab perkara seperti ini bergantung kepada keadaan.

 “Kehilangan ini satu sejarah dalam perkhidmatan bomba sebab tidak pernah melibatkan kematian begitu ramai, ini amat meyedihkan dan kita juga tidak mahu perkara ini berlaku,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini