Gerik dilanda banjir - Utusan Malaysia

Gerik dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 4 Okt. – Hujan selama kira-kira empat jam sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan di Gerik dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, kawasan terlibat ialah pekan Gerik, kuaters Ibu
pejabat Polis Daerah (IPD), Kampung Ramasamy, Bendang Kerajaan dan Taman Desa Permai.

Menurutnya, turut terjejas ialah Kampung Air Panas, Kampung Batu Hampar, Kampung Kolam Air, Kampung Ulu Kenderong, Kampung Tanjung Kala, Kampung Padang Kunyit dan Kampung
Padang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hujan mulai pukul 2 hingga 6 pagi menyebabkan berlaku banjir di beberapa kawasan di Gerik.

“Paras air naik sehingga satu meter namun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini,” katanya.

Menurutnya, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan polis membuat pemantauan awal dan membantu mangsa yang terperangkap.

Katanya, ketika ini paras air semakin menurun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini