PM minta tiada tindakan diambil terhadap pihak hina pemimpin - Utusan Malaysia

PM minta tiada tindakan diambil terhadap pihak hina pemimpin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta supaya tiada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengutuk pemimpin negara.

Jelas beliau, semua ahli politik perlu bersedia untuk menerima kritikan dan diberikan pelbagai gelaran oleh pelbagai pihak.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku, saya tidak kisah dihina oleh sesiapa pun kerana ia tidak memberi kesan kepada saya dan ada satu kes di Pulau Pinang yang saya beritahu supaya jangan ambil tindakan 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli politik mesti terima jika dikritik dan diberikan pelbagai gelaran, saya telah digelar dengan pelbagai nama tetapi tidak pernah ambil tindakan walaupun ketika menjadi Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pengurusan Bencana ASEAN kali keenam di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Kelmarin Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memberitahu adiknya, Azman telah ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Pihak polis mengesahkan Azman ditahan untuk siasatan kerana telah menularkan gambar seorang budak menghalakan punggungnya ke arah wajah Tun Mahathir yang muncul di kaca televisyen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini