KUANTAN – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) merekodkan peningkatan yang baik dalam prestasi pembayaran balik pembiayaan daripada 1,308 usahawan sehingga bulan September lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Azhar Ahmad berkata, berdasarkan prestasi tersebut, pihaknya mengunjurkan kadar tersebut menurun kepada tiga peratus menjelang hujung tahun ini.
Menurutnya, sasaran asal bagi penurunan akuan pinjaman tidak berbayar (NPL) pada tahun ini ialah sebanyak enam peratus.
Bagaimanapun pihaknya mendapati bahawa terdapat kesunguhan dalam kalangan usahawan untuk membuat bayaran balik pinjaman dan kadar yang dicatat adalah lebih baik iaitu 6.35 peratus.
“Maka kami yakin dengan sasaran untuk mencapai tiga peratus bakal dicapai menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan PUNB Kepada PKZ di bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar PKZ negeri, Datuk Halidan Md. Daud.
Menurut Azhar, sebanyak RM290.9 juta pembiayaan telah diagihkan pada tahun ini dengan kadar bayaran balik meningkat kepada 6.35 peratus berbanding kira-kira 20 peratus pada 2016 dan 2017.
Mengulas lanjut, Azhar menerangkan, sejajar dengan usaha untuk memastikan peminjam menunaikan komitmen bulanan masing-masing, pihaknya akan menemui mereka bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.
“Selepas itu, kami akan membantu peminjam daripada segi penjadualan semula bayaran atau menstruktur semula bayaran bagi meringankan beban mereka,” katanya.
Selain itu, Azhar berkata, sehingga akhir bulan lalu, PUNB telah mengagihkan pembiayaan bernilai RM290.9 juta kepada seramai 1,307 usahawan di seluruh negara.
Tambahnya, bagi pembiayaan usahawan di seluruh negara pula, PUNB sudah mengagihkan pembiayaan berjumlah RM290.9 juta.
“Sejak PUNB ditubuhkan pada 1991 sebanyak RM3.179 bilion pembiayaan diagihkan kepada 7,482 usahawan menerusi enam skim,” ujarnya.
Sementara itu mengena, sebanyak RM1.877 juta telah diperuntukkan oleh PUNB bagi tujuan pembayaran zakat perniagaan sepanjang tahun ini.











