Melaka Wonderland tawar kad keahlian untuk pengunjung - Utusan Malaysia

Melaka Wonderland tawar kad keahlian untuk pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Okt. – Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland (Melaka Wonderland) yang terletak di Ayer Keroh di sini kini menawarkan kad keahlian bernilai RM100 untuk kemasukan percuma tanpa had bagi tempoh setahun kepada pengunjungnya.

Bermula Ogos lalu, kad keahlian itu menyediakan pelbagai keistimewaan kepada pengguna antaranya diskaun sebanyak 10 peratus untuk menyertai semua aktiviti kepada mereka jika membawa 10 orang rakan atau ahli keluarga sebagai pengunjung.

SEOW CHENG SWEE
SEOW CHENG SWEE 

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati potongan diskaun sebanyak 20 peratus bagi menyertai pelbagai aktiviti tasik di taman tema tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kad keahlian ini bertujuan memberi keistimewaan kepada pengunjung Melaka Wonderland kerana selain menjimatkan kos bayaran masuk, pelbagai ganjaran boleh diperolehi termasuk hadiah kek hari kelahiran percuma, tiket permainan ‘double tube’ untuk seorang serta pakej makan makan tengah hari kepada pengunjung yang menyambut kelahiran dalam tempoh tujuh hari sebelum atau selepas tarikh istimewa mereka,” katanya ketika ditemui di taman tema tersebut, di sini petang tadi.

Melaka Wonderland yang mula beroperasi sejak 2010 kini menawarkan 10,000 tiket percuma ke taman tema itu menerusi program `Cuti-Cuti Riuh Sakan@Melaka Wonderland’ anjuran bersama Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia pada 13 Oktober ini.

Penerima tiket berkenaan berpeluang menghadiri dan memeriahkan Konsert Mini Kumpulan Utusan pada tarikh itu yang menyediakan barisan artis popular tempatan selain penganjuran beberapa pertandingan melukis untuk kanak-kanak dan studio pameran.

Menurut Cheng Swee, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan kad keahlian itu boleh datang sendiri ke Melaka Wonderland di Lebuh Ayer Keroh atau berhubung menerusi talian 06-2313333, e-mel di [email protected] atau di laman web www.melakawonderland.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini