Pepsi sertai Coca-Cola teroka minuman ada ganja - Utusan Malaysia

Pepsi sertai Coca-Cola teroka minuman ada ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 3 Okt. – PepsiCo menyatakan minat untuk mengeluarkan produk minuman yang mengandungi kanabis atau ganja.

Syarikat gergasi itu menyertai senarai panjang beberapa syarikat lain yang turut menyatakan minat mereka.

Ketua pegawai kewangan syarikat berkenaan, Hugh Johnston mengesahkan minat syarikat tersebut sewaktu temu bual bersama stesen televisyen CNBC.

“Kami akan melihatnya secara kritikal. Tetapi saya tidak bersedia untuk berkongsi sebarang perancangan berhubung perkara itu sekarang,” kata Johnston.

Johnson menyatakan kanabis masih lagi diharamkan di bawah undang-undang persekutuan di seluruh Amerika Syarikat (AS) walaupun sesetengah negeri meluluskannya.

Namun, menurut Johnson, pihaknya akan mencari jalan untuk mendapat kelulusan daripada kerajaan AS.

Kenyataan itu dibuat dua minggu selepas Coca-Cola menyatakan sedang mengkaji minuman kesihatan yang mungkin mengandungi kanabidiol atau CBD.

CBD merupakan komponen bukan psikoaktif dalam ganja yang dijual dalam pelbagai produk pengguna.

Selain itu, syarikat minuman Molson Coors juga bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Kanada berhubung minuman bukan alkohol yang dicampur ganja. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×