Dakwaan kes rogol: Kertas siasatan Ronaldo dibuka semula - Utusan Malaysia

Dakwaan kes rogol: Kertas siasatan Ronaldo dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS 3 Okt. – Polis Las Vegas membuka semula kertas siasatan berhubung pertuduhan serangan seksual melibatkan Cristiano Ronaldo.

Kathryn Mayorga dilaporkan membuat tuduhan bahawa Ronaldo merogolnya di sebuah hotel di bandar itu pada 2009.

Majalah Jerman, Der Spiegel melaporkan dakwaan itu, Jumaat lalu dan Ronaldo dalam Instagram menyifatkan berita tersebut sebagai berita palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis Metropolitan Las Vegas mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan bahawa kes serangan seksual pada 2009 itu dibuka semula meskipun mereka tidak menamakan mangsa atau suspek kes.

“Polis Metropolitan Las Vegas kembali menjalankan siasatan berhubung kes serangan seksual yang berlaku pada 13 Jun 2009.

“Semasa laporan itu diambil, mangsa tidak memberikan lokasi insiden kepada pegawai penyiasat atau sebarang maklumat mengenai suspek. Laporan perubatan kemudian dilakukan.

“Pada September 2018, kes ini dibuka semula dan pegawai penyiasat kami sedang melakukan siasatan sussulan berhubung maklumat yang diberikan suspek.

“Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan dan pihak kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat lanjut ketika ini,” kata kenayataan itu.

Pasukan undang-undang Ronaldo menyifatkan laporan Der Spiegel sebagai tidak berasas dan mengesahkan mereka akan mengambil tindakan kerana mencemar nama baik anak guam mereka.

Menurut Der Spiegel, Mayorga membuat laporan kali pertama berhubung kes serangan seksual pada 2009 dan berjaya mencapai penyelesaian bersama Ronaldo di luar mahkamah.

Difahamkan, wanita itu menerima bayaran sebanyak AS$375,000 (RM1.55 juta) sebagai perjanjian privasi bagi menghalangnya daripada mengeluarkan sebarang keyataan kepada umum mengenai pertuduhan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini