Menanti 7 tahun jadi juara joran Jelajah Pancing Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Menanti 7 tahun jadi juara joran Jelajah Pancing Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Berumpankan roti, Mohd. Shahid Mispari berjaya dinobatkan juara menerima hadiah sebanyak RM5,000 siri jelajah pancing Kuala Lumpur siri 7/2018 di Tasik Ampang Hilir, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Paling manis kemenangan itu telah dinantikan selama tujuh tahun setelah berjaya menewaskan lebih 800 peserta yang turut hadir memeriahkan pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mohd. Shahid berkata, ungkapan rezeki tidak pernah salah alamat terjadi pada dirinya sendiri, dia hanya mampu mengucapkan syukur atas rezeki yang diberikan kerana berjaya di nobatkan juara di Taman Tasik Ampang Hilir yang lalu.
 
Kemenangan yang itu setelah berjaya memancing ikan patin seberat 9.910 kilogram (kg) berumpankan roti pada jam 12.01 tengah hari melayakkan dirinya menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000 serta barang iringan Oyoshi Green Tea dan Igloo-UFL.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi tempat kedua berjaya dimenangi oleh Saleh Mohamed Fadzil yang memancing ikan patin seberat 11.19 kg dan membawa pulang RM2,000 manakala ketiga pula, ia disandang oleh Nasrul Isma Ailan yang membawa pulang RM1,000 turut menaikkan ikan patin yang sama seberat  7.480 kg.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri berkata, acara memancing itu bagi memupuk warga kota menjadikan aktiviti riadah bersama keluarga dapat diterapkan melalui pertandingan memancing yang disediakan oleh DBKL.
                       
“Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di bawah DBKL ini bagi mencapai matlamat agar perpaduan dan keharmonian melalui pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat usia mahupun agama disatukan melalui aktiviti riadah sihat ini.

“Objektif sebenarnya, kita nak beri rakyat peluang untuk bersantai, beriadah dan dapat bersama-sama mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kota khususnya,” jelas beliau.

Turut memeriahkan JPKL 2018 ini ialah rakan strategik bersama iaitu Oyoshi Green Tea dan Igloo-UFL.

JPKL akan berlangsung lagi pada 14 Oktober 2018 bagi siri 8/2018 di Tasik Metropolitan Batu,  Kuala Lumpur dan maklumat lanjut boleh diperoleh di laman Facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013 305 2811, 013 266 7011 dan  012 284 6811. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini