KLANG 3 Okt. – Tiga lelaki warga tempatan ditahan dalam Ops Metanol bagi membantu siasatan berkaitan menjalankan aktiviti menyeludup arak dalam dua serbuan di lokasi berlainan iaitu di Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sentosa.
Dalam serbuan melibatkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu berjaya menahan lelaki berusia 18 hingga 28 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya turut menemukan tiga jenis arak yang dipercayai mempunyai kandungan metanol berlebihan iaitu Mandalay Whisky, Kingfisher dan Grand Royal. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











