Pindaan Akta Kastam: Hukuman sebat, denda lebih tinggi menanti penjual rokok, arak seludup - Utusan Malaysia

Pindaan Akta Kastam: Hukuman sebat, denda lebih tinggi menanti penjual rokok, arak seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta Kastam 1967 untuk mengenakan tindakan hukuman sebatan dan denda minimum  RM100,000 terhadap mereka yang menjual rokok dan arak seludup.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, denda hukuman yang lebih berat itu  bertujuan untuk mengekang penjualan rokok dan arak seludup di negara ini.

“Dengan pindaan akta itu, penjual yang menjual sekartun rokok seludup akan dikenakan denda  minimum RM100,000 dan sebatan berbanding sebelum ini denda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang sahaja, di mana sindiket biasanya akan membayar denda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita yakin outlet-outlet yang menjual rokok dan arak seludup serta tiruan di negara ini dapat dikawal kerana tindakan punitif ini,” katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, Subromaniam berkata, JKDM yang melancarkan Operasi Gempur telah melakukan sebanyak 1,063 serbuan ke atas premis untuk mengenal pasti pengedar, pengilang yang memproses minuman keras tiruan di seluruh negara sejak 21 September lepas. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini