[VIDEO] Premis tegar jual loteri haram diserbu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Premis tegar jual loteri haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 3 Okt. – Polis bertindak menyerbu dan memotong bekalan elektrik di beberapa premis menjual loteri haram dan perkhidmatan isian semula judi dalam talian yang masih tegar beroperasi di daerah ini dan Padawan sebentar tadi.

Serbuan  dijalankan oleh lima pasukan dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak yang diketuai Asisten Superintenden Lim Jaw Shyong.

Difahamkan tindakan tersebut diambil terhadap premis yang masih menjalankan kegiatan haram itu meskipun sudah beberapa kali diserbu sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan Utusan Malaysia di Pusat Komersil Kenyalang Park di sini, mendapati tiga premis yang diserbu kini tidak mengeluarkan sebarang slip loteri haram sebaliknya mengambil gambar nilai taruhan dibuat sebelum menghantarnya kepada pihak lain.

Selepas itu,  pembeli loteri haram berkenaan akan menerima pengesahan bukti taruhan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mesej menerusi aplikasi WhatsApp atau Wechat.

Menurut Ketua JSJ Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai ketika dihubungi mengesahkan serbuan dijalankan pihaknya hari ini.

Katanya, operasi itu dijalankan serentak di beberapa tempat dan maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas mendapat semua laporan berkaitan nanti. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini